STUDENT LIFE...a very short journey...

      Ramai di kalangan kita adalah student tidak kiralah uia,uitm,klmu, dan di tempat-tempat lain. Pada isu kali ini mari kita garap isu berkenaan dengan apakah tugas-tugas student yang sebenar-benarnya? Saya yakin ramai yang akan mengatakan tugas kita adalah belajar bersungguh-sungguh. Kerana apa? Ibu dan ayah kita akan berbangga dan gembira kerna setiap parents ingin melihat anaknya cemerlang. Kita lihat pula skop atau definisi cemerlang. Cemerlang boleh dipecahkan kepada banyak aspek iaitu dari segi pelajaran, ekonomi, tahap pemikiran, sahsiah, dan fizikal. Kebanyakkan student mensasarkan kejayaan dari segi pelajaran sahaja kerana jikalau kita ingin cemerlang dari segenap aspek kita perlu melalui pelbagai cabaran dan ujian kerana tiada kejayaan yg datang bergolek. 


      Ramai yang cemerlang dari segi akademik tetapi itu hanyalah jaminan sementara kerna sudah semestinya kecemerlangan dlm akademik akan membolehkan seseorg mendapat kerja yang bagus tetapi apakah kualiti dalam diri kita yang membezakan kita dengan orang-orang yg lain? Sesungguhnya pembinaan KENDIRI sangat penting apatah lagi ketika zaman belia kita. Pada waktu inilah kita mesti berani mencuba pelbagai perkara yg mencabar untuk membina kualiti diri. 
Antara kekangan-kekangan yg membuat kita untuk cemerlang atau menjadi mansia yg luar biasa adalah diri sendiri. Kita tidak berani untuk merubah diri kita dan takut untuk menghadapi ujian atau takut di sisih oleh rakan2. Adakah rakan2 seperti ini yg kita mahukan? Atau adakah rakan2 kita yg akan merubah hidup kita tika dewasa kelak? Oleh itu carilah rakan-rakan yang se’paradigma’ dengan kita kerna dialah yg boleh membantu kita untuk cemerlang. Di samping itu, pengaruh ibu bapa juga memainkan peranan kerana mungkin ibu bapa mempunyai ‘pelan’ untuk anak mereka. Tetapi ingatlah setelah kita dewasa ibu bapa hanyalah memberikan panduan untuk kita dan kitalah yg membuat keputusan yg terbaik untuk hidup kita tetapi jgn sesekali melawan mereka kerna mereka tetap individu yg paling berjasa pada kita. 


      Walau apa pun yg berlaku kita adalah individu yang mencorakkan warna hidup kita sendiri. Jangan gentar kepada ujian dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Cubalah berkorban untuk kesenangan dan kebahagiaan hari esok. 

Penulis : about me ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel STUDENT LIFE...a very short journey... ini dipublish oleh about me pada hari Wednesday 16 March 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan STUDENT LIFE...a very short journey...
 

0 comments: