KENDURI PENAUNG R4 MERIAH

       PUTRAJAYA,6 JUN-Majlis kenduri kawin anak sulung penaung R4 Youth Club, En.Mod Nazri berlangsung dengan gilang-gemilang. Tema majlis iaitu merah putih menyerlahkan lagi keserian para tetamu majlis dan ahli Tertinggi R4 seperti Iz, Amin, Joe, Tana, Aiman dan Wani bertindak sebagai pembantu sepanjang majlis berlangsung. Majlis rasmi bermula pada jam 2.30 ptg apabila pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang di sertai dengan persembahan silat oleh persatuan silat abjad. kemudian majlis di teruskan dengan ucapan pengantin lelaki kepada ayahanda dan bonda tercinta dengan penuh emosi. 
     


      Perasaan gembira bercampur sedih kerana anak sulung sudah mendirikan rumahtangga. Lagu You raise me up' ditujukan kepada ayahanda beliau. majlis diteruskan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Halim Yazid. Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. Para tetamu yang tidak putus-putus datang untuk meraikan raja sehari. Kami di R4 Youth Club ingin mengucapkan tahniah kepada En. Mod/Pn. Norita sekeluarga kerana menerima kehadiran menantu yg baru. Semoga tuhan memberi rahmat dan kebahagiaan terhadap kehidupan En. Mod sekeluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!

p/s:anak En. Mod yg bongsu bila lagi??

Penulis : about me ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel KENDURI PENAUNG R4 MERIAH ini dipublish oleh about me pada hari Wednesday 16 March 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan KENDURI PENAUNG R4 MERIAH
 

0 comments: