CLASH OF THE BANDS 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA. BERITA BAIK UNTUK SEMUA PARA REMAJA YANG BERBAKAT DILUAR SANA. BERIKUTAN DENGAN HARI BELIA YANG AKAN DIADAKAN MEI INI DI PUTRAJAYA, PIHAK R4 YOUTH CLUB TELAH DI BERIKAN MANDAT UNTUK MENGELOLAKAN PROGRAM CLASH OF THE BAND 2012. SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, CLASH OF THE BANDS 2012 INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA PROGRAM CLASH OF THE BAND 2011 YANG LALU.

OBJEKTIF ADALAH UNTUK MENGGALAKKAN PARA BELIA YANG MEMPUNYAI BAND UNTUK MENGETENGAHKAN BAKAT-BAKAT MEREKA SERTA UNTUK MENONJOLKAN KELEBIHAN BAND MEREKA DAN MEMBERI PELUANG KEPADA BAND-BAND UNTUK MEMPROMOSI BAND-BAND MEREKA SECARA TIDAK LANGSUNG. MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA JUTAAN BELIA DI SELURUH PELUSUK NEGARA UNTUK MEMERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2012.


JIKA BERMINAT ,FIRST STEP ,SILA LIKE PAGE INI DIFACEBOOK KERANA SEBARANG UPDATE YANG TERKINI AKAN DIMUAT TURUN DISITU


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1) Pertandingan terbuka kepada kumpulan professional atau amatur yang dianggotai oleh warganegara Malaysia berumur di antara 15 hingga 35 tahun.
2)      Peserta bagi setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 6 orang dan 2 orang pemuzik simpanan. Borang penyertaan hendaklah ditandatangani oleh ketua kumpulan dengan disertakan salinan kad pengenalan dan gambar kumpulan berukuran poskad.
3)  Setiap anggota yang membuat persembahan hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
4)   Alatan muzik kecuali drum hendaklah dibawa sendiri oleh setiap pemuzik. Persembahan setiap kumpulan diperuntukkan selama 8 minit dan tidak melebihi 10 minit.
5)  Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menggangu perjalanan pertandingan.
6)  Persembahan akan diadili oleh 3 orang pengadil professional dan keputusan pengadil adalah muktamad.
7)   Lagu yang dipersembahkan hedaklah mempunyai lirik yang sopan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
8)   Lagu-lagu berentak Metal, Black Metal dan Trash adalah tidak dibenarkan
9) Setiap kumpulan perlu mempersembahkan 2 buah lagu tidak melebihi 10 minit:
-Lagu bervokal (Bahasa Malaysia-Wajib)
-Lagu bervokal (lain-lain bahasa-pilihan)

10) Yuran pendahuluan penyertaan sebanyak RM50 mestilah di bayar sebelum tarikh tutup pendaftaran. Manakala baki RM50 perlu dilangsaikan sebelum hari pertandingan.
11) Yuran yang telah dibayar tidak akan di kembalikan sekiranya kumpulan menarik diri dari pertandingan.

HANYA BORANG YANG LENGKAP DIISI AKAN DITERIMA DAN WAJIB DIKEMBALIKAN SEBELUM ATAU PADA 9 MEI 2012 KEPADA:
CLASH OF THE BANDS 2012,
SEKRETARIAT HARI BELIA NEGARA 2012,
ARAS G, MENARA KBS,
NO.27, PERSIARAN PERDANA PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62570 PUTRAJAYA.

TEL:   
0166461362 (ATIKAH)                                                                                                                 0132490944 (SYAHMI)
03-88888725 (FAX) 


UNTUK MENDAPATKAN  BORANG  KLICK BORANG DISINI SILA KLIK BUTANG FILE DAN TEKAN DOWNLOAD, KEMUDIAN SAVE.SELEPAS SIAP DOWNLOAD DAN ISI BORANG INI ,SILA EMAIL KAN BORANG INI KE ALAMAT  EMAIL  cotbands@gmail.com



SEKIAN TERIMA KASIH

Penulis : R4YC ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel CLASH OF THE BANDS 2012 ini dipublish oleh R4YC pada hari Monday 19 March 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan CLASH OF THE BANDS 2012
 

0 comments: