Festival Belia Putrajaya 2013 adalah merupakan perayaan kepada Sambutan Hari Belia Negara dan akan dilaksanakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 23 hingga 26 Mei 2013. Perhimpunan ini berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.
Festival Belia Putrajaya 2013 adalah himpunan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan. Ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk ekspresi diri dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka dan mencabar.
Kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang Persiaran Perdana dari Presint 1 hingga Presint 6, 18 dan 20. Keseluruhan segmen yang dicadangkan sebanyak 30 segmen dengan 500 acara. DIANTARANYA IALAH CLASH OF THE BANDS 2013
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA. BERITA BAIK UNTUK SEMUA PARA REMAJA YANG BERBAKAT DILUAR SANA. BERIKUTAN DENGAN FESTIVAL BELIA YANG AKAN DIADAKAN MEI INI DI PUTRAJAYA, PIHAK R4 YOUTH CLUB TELAH DI BERIKAN MANDAT UNTUK MENGELOLAKAN PROGRAM CLASH OF THE BAND 2013. SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, CLASH OF THE BANDS 2013 INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA PROGRAM CLASH OF THE BAND 2012 YANG LALU.
OBJEKTIF ADALAH UNTUK MENGGALAKKAN PARA BELIA YANG MEMPUNYAI BAND UNTUK MENGETENGAHKAN BAKAT-BAKAT MEREKA SERTA UNTUK MENONJOLKAN KELEBIHAN BAND MEREKA DAN MEMBERI PELUANG KEPADA BAND-BAND UNTUK MEMPROMOSI BAND-BAND MEREKA SECARA TIDAK LANGSUNG. MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJUTA BELIA DI SELURUH PELOSOK NEGARA UNTUK MEMERIAHKAN HARI BELIA NEGARA.
JIKA BERMINAT ,FIRST STEP ,SILA LIKE PAGE INI DI FACEBOOK ANDA KERANA SEBARANG UPDATE YANG TERKINI AKAN DIMUAT TURUN DISITU.
INSTAGRAM: COTB13
BERIKUT ADALAH SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1) Pertandingan terbuka kepada kumpulan professional atau amatur yang dianggotai oleh warganegara Malaysia berumur di antara 15 hingga 35 tahun.
2) Peserta bagi setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 6 orang dan 2 orang pemuzik simpanan. Borang penyertaan hendaklah ditandatangani oleh ketua kumpulan dengan disertakan salinan kad pengenalan dan gambar kumpulan berukuran poskad.
3) Setiap anggota yang membuat persembahan hendaklah menampilkan imej yang bersih dan mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
4) Alatan muzik kecuali drum hendaklah dibawa sendiri oleh setiap pemuzik. Persembahan setiap kumpulan diperuntukkan selama 8 minit dan tidak melebihi 10 minit.
5) Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menggangu perjalanan pertandingan.
6) Persembahan akan diadili oleh 3 orang pengadil professional dan keputusan pengadil adalah muktamad.
7) Lagu yang dipersembahkan hedaklah mempunyai lirik yang sopan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
8) Lagu-lagu berentak Metal, Black Metal dan Trash adalah tidak dibenarkan
9) Setiap kumpulan perlu mempersembahkan 2 buah lagu tidak melebihi 10 minit:
-Lagu bervokal (Bahasa Malaysia-Wajib)
-Lagu bervokal (lain-lain bahasa-pilihan)
10) Yuran penyertaan sebanyak RM100 perlu dijelaskan sebelum 15 MEI 2013.
(Sila simpan slip Bank sebagai bukti dan untuk mendapatkn no account Bank R4 sila hubungi nombor urusetia yang bertugas dibawah)
(Sila simpan slip Bank sebagai bukti dan untuk mendapatkn no account Bank R4 sila hubungi nombor urusetia yang bertugas dibawah)
11) Yuran yang telah dibayar tidak akan di kembalikan sekiranya kumpulan menarik diri dari pertandingan.
HANYA BORANG YANG LENGKAP DIISI AKAN DITERIMA DAN WAJIB DIKEMBALIKAN SEBELUM ATAU PADA I5 MEI 2013 KEPADA:
CLASH OF THE BANDS 2013,
KELAB BELIA R4,
NO 7, JALAN 62, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Perhatian kepada semua band-band yg terlibat dan belum menjelaskan pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran tersebut ke : AKAUN MAYBANK KELAB BELIA R4 1122 0511 8985 segala pertanyaan, boleh hubungi ISMAIL 010 503 9992AISHAH 017 6298757
UNTUK MENDAPATKAN BORANG SILA KLICK DISINI atau DISINI . .SILA KLIK BUTANG FILE DAN TEKAN DOWNLOAD ORIGINAL, KEMUDIAN SAVE.SELEPAS SIAP DOWNLOAD DAN ISI BORANG INI.
SEKIAN TERIMA KASIH
|